Photobucket

Sunday 19 June 2011

SEHARI BERSAMA BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA(TERENGGANU)

Pada tarikh 16.06.2011 (Khamis) pihak sekolah dengan kerjasama Bomba Dan Penyelamat Malaysia (Terengganu) telah mengadakan Program Sehari Bersama  Bomba Dan Penyelamat Malaysia bertempat di SK Sultan Sulaiman 1. Dalam program ini pihak bomba diketuai oleh En. Razak dari Pejabat Balai Bomba Daerah bersama 4 orang anggotanya dan seorang dari Balai Bomba Negeri yang menguruskan pameran.



Antara aktiviti yang dijalankan ialah :-

1. Latihan Pengunsian Bangunan
    Dalam latihan ini semua murid dan warga sekolah bergerak dan berkumpul di padang. Apabila semua sudah berada di padang, guru kelas memeriksa  semula kedatangan semua murid sama dengan murid yang hadir hari ini. Akhir sekali anggota Bomba memberikan komen atau pandangan terhadap latihan ini. Anggota Bomba memberikan ucapan tahniah kepada semua murid kerana berjaya berkumpul di padang mengikut laluan kecemasan yang telah ditetapkan dengan masa yang singkat.

2. Pameran juga diadakan dengan pihak bomba menghantar sebuah bas sebagai bahan pameran.. Di dalam bas tersebut  banyak maklumat dipamerkan terutamanya cara mencegah kebakaran dan juga kepentingan menjaga daripada kebakaran.

3.  Tayangan Video juga dipertontonkan kepada semua murid. Tayangan ini diadakan di Dewan Sulaiman dan murid Tahap 2 menontonnya terlebih dahulu dan diikuti oleh murid Tahap 1. Dalam tayangan ini juga diberitahu kepentingan mencegah kebakaran dan juga diberitahu cara penggunaan alat pemadam api dengan betul. Soalan kuiz juga diberikan dalam aktiviti ini di mana murid yang berjaya menjawabnya akan diberikan hadiah.








4. Aktiviti terakhir ialah Demontrasi Mencegah Kebakaran. Dalam aktiviti ini guru dan murid berpeluang memadam kebakaran.Tetapi sebelum itu, anggota Bomba menerangkan cara menggunakan alat pemadam api dan juga cara memadamkan kebakaran.Ini bertujuan suapaya kebakaran itu dapat memadamkan kebakaran semuanya dan juga menjimatkan masa.Anggota Bomba juga ada peminat yang mana ramai murid yang meminta autograf mereka sebagai ingatan dan juga kenangan.

Sebelum program ini berakhir, pihak Nestle Products menyumbangkan minuman MILO secara percuma kepada semua murid SK Sultan Sulaiman 1.Akhir sekali diucapkan kepada Bomba dan Penyelamat Malaysia (Terengganu) kerana menjayakan program ini dengan jayanya, dan tidak lupa kepada semua guru yang memainkan peranan masing-masing dan seterusnya pihak Neslte Products di atas sumbangan minuman MILO secara percuma.

No comments:

Post a Comment