Photobucket

Monday 20 June 2011

TEMU MURNI KALI KETIGA OTI 2 TAHUN 6

Majlis Temu Murni kali ketiga bagi OTI 2 ibu bapa Tahun 6 telah diadakan pada 20.06.2011 (ISNIN) bertempat di Dewan Sulaiman, SK Sultan Sulaiman 1. Pertemuan dengan ibu bapa Tahun 6 adalah diharapkan membina satu permuafakatan yang erat antara guru-guru dan ibu bapa bagi mendorong dan membantu murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2011 nanti. Perjumpaan ini juga memberi maklumbalas tentang keputusan ujian OTI 2 baru-baru ini.


Objektif majlis ini adalah seperti berikut :-

1. Menjalinkan hubungan yang erat antara pihak sekolah dengan ibu bapa demi meningkatkan 
    kecemerlangan UPSR.

2. Mewujudkan kerjasama bagi mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan lagi prestasi murid
   dalam UPSR

3. Menambahkan sokongan padu di kalangan ibu bapa terhadap anak-anak yang akan menduduki UPSR


Majlis ini dimulakan pada jam 11.00 pagi, di mana Guru Besar SK Sultan Sulaiman 1, Tn. Hj. Yusof  b. Abd Karim memberikan taklimat kepada ibu bapa yang hadir tentang analisis Ujian OTI 2.
Guru Besar amat berpuashati tentang pencapaian dalam Ujian OTI 2 ini kerana terdapat peningkatan yang mendadak dalam semua matapelajaran. Sebagai contoh, B. Melayu Pemahaman, dalam TOV bilangan murid mendapat A ialah seramai 13 orang, tetapi OTI 1 meningkat menjadi 68 orang, dan mendadak naik dalam OTI 2 , iaitu seramai 129 orang mendapat A. Begitu juga dengan B. Melayu Penulisan, TOV hanya 10 orang mendapat A, OTI 1 meningkat kepada 27 orang, manakala OTI2, terus meningkat kepada 79 orang mendapat A.Bagi matapelajaran B. Inggeris ada juga peningkatan, iaitu TOV seramai 19 orang mendapat A, OTI 1 menurun menjadi 15 orang, manakala OTI 2 meningkat menjadi 62 orang mendapat A. Begitu juga Matematik, dalam TOV hanya 4 orang mendapat A, OTI 1 meningkat kepada 27 orang mendapat A. dan OTI 2 terus meningkat menjadi 58 orang mendapat A. Dalam matapelajaran Sains memang ada peningkatan, iaitu, TOV hanya 4 orang mendapat A, manakala OTI 1 meningkat kepada 36 orang dan OTI 2 terus meningkat lagi kepada 69 orang mendapat A.

Begitu juga jumlah murid yang mendapat 5A terus meningkat, iaitu TOV hanya 1 orang, manakala OTI 1 meningkat kepada 3 orang dan OTI 2 terus meningkat kepada 25 orang.Murid yang mendapat 4A terus juga meningkat, iaitu 1 orang dalam TOV, meningkat OTI 1 kepada 8 orang dan OTI 2 terus meningkat lagi menjadi 19 orang.Begitu juga jumlah murid mendapat 3A, memang ada peningkatannya, iaitu TOV 3 orang, OTI 1 meningkat kepada 12 orang dan OTI 2 meningkat lagi kepada 20 orang.Bagi murid yang mendapat 2A, ada juga peningkatannya ,iaitu dalam TOV hanya 6 orang, OTI 1 meningkat kepada 22 orang dan OTI 2 meningkat lagi kepada 38 orang.Murid yang mendapat 1A pun meningkat juga iaitu, TOV,13 orang,OTI 1 meningkat kepada 40 orang dan OTI 2 kepada 34 orang. Jumlah murid yang mendapat 5B dalam TOV ialah 8 orang, meningkat kepada 15 orang dalam OTI1 , dan OTI 2 pula ialah 3 orang. Daripada jumlah murid yang mendapat 5A hingga 5B dalam OTI 2 ialah seramai 139 orang. Sekiranya 139 orang murid ini berusaha bersungguh-sungguh dan mendapat 5A semuanya, pasti peratusnya adalah lebih 60.

Begitu juga murid berpotensi juga meningkat, iaitu yang mendapat D dan E telah menurun dalam semua matapelajaran.begitu juga  murid Zero Defect E juga telah menurun, contohnya, B. Melayu Pemahaman dan Sains dalam Ujian OTI 2 tidak ada satu pun murid mendapat E. Guru Besar amat berpuas hati dengan pencapaian ini baik dari segi jumlah A mahupun berpotensi dan Zero Defect.






Guru Besar menyatakan selepas ini akan mengumpulkan semua murid yang mendapat D dan E dan akan meneruskan lagi Program Zero Defect dan diadakan juga perbincangan mengikut topik-topik bagi setiap matapelajaran.Bagi murid yang cemerlang  ini akan diteruskan lagi dengan berbagai latihan.Bagi penggal ini semua murid Tahun 6 gerak kerja kokurukulum ditangguhkan sehingga selesai sahaja Peperiksaan UPSR.


Dalam majlis ini uga disampaikan juga Anugerah Khas Guru Besar, iaitu Cemerlang 5A, Penyampaian Cederahati Murid Potensi dan juga Anugerah Kategori Kelas Terbaik.

No comments:

Post a Comment