Photobucket

Sunday 9 January 2011

Kata-Kata Aluan Guru Besar

TUAN HAJI YUSOF BIN ABDUL KARIM

Segala puji hanyalah milik Allah dan kepadaNya tempat kita meminta pertolongan. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan staf sekolah ini yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam melaksanakan program dan aktiviti sekolah sepanjang tahun 2010. Semoga segala kerja buat yang telah dilaksanakan itu diambil kira oleh Allah sebagai amal soleh.


Para guru dan kakitangan sekalian, susungguhnya tahun 2011 yang akan kita tempah sesungguhnya lebih jauh mencabar dari tahun-tahun sebelumnya. Perkembangan pendidikan terkini seperti Sekolah Berprestasi Tinggi menuntut supaya kita lebih memberikan penumpuan ke arah peningkatan dalam semua aspek pendidikan bukan saja kurikulum dan kokurikulum malah pembinaan insan dalam membentuk budaya bangsa yang unggul dan patuh kepada perintah Tuhan.

Sejarah kejayaan kita yang lepas akan menjadi satu petunjuk keyakinan dan kegagalan kita yang lepas memberi satu peringatan bahawa kita perlu berubah. Oleh itu, marilah kita sederap dan bersama menggembeling seluruh kekuatan kita untuk menggenggam kejayaan dan mengamalkan “service above self”. Marilah kita sama-sama doakan semoga tahun ini akan tahun-tahun seterusnya menjanjikan kejayaan. Sesungguhnya kejayaan itu adalah milik kita bersama.
Fokus SKSS1 pada tahun 2011 ialah:

  1. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna.
  2. Semua murid menguasai 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
  3. Memperkasa Program Kecemerlangan Akademik Tahun 4, 5 dan 6.
  4. Peningkatan Kecemerlangan Kokurikulum dan Koakademik.
  5. Pembangunan Modal Insan; cerdas emosi, rohani dan jasmani.
  6. Pembangunan Fizikal Sekolah dan Bilik Darjah yang kondusif.
  7. Pembangunan professional keguruan.
  8. Memperkasakan hubungan perkongsian pintar dengan pihak luar.
  9. Instrumen SKPM sebagai kayu ukur Keberkesanan Sekolah.
             
             Sekian. Assalamualaikum wb.
             Yang menurut perintah,
             Tuan Haji Yusof bin Abd Karim

No comments:

Post a Comment