Saturday, 20 August 2011

TAHNIAH USTAZAH NOR ASIKIN KE ATAS PELANTIKAN JAWATAN GPK KOKURIKULUM






Pada 16 Ogos 2011, Puan Nor Asikin Binti Abdullah telah dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum bagi mengantikan Tuan Haji Kamaruddin Bin Chik yang telah bersara pada 28 Julai lalu. Tahniah kepada Ustazah Nor Asikin Binti Abdullah.

Wednesday, 10 August 2011

PROGRAM MINGGU BAHASA ARAB 2011


Program Minggu Bahasa Arab 2011 anjuran Jawatankuasa Kluster Bahasa Arab telah dijalankan pada 17, 18, 21 dan 26 Julai baru-baru ini. Pelbagai program dan aktiviti yang telah dirancang dilaksanakan dengan jayanya melibatkan semua murid tahun 1 hingga tahun 6 SK Sultan Sulaiman 1.


Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah aktiviti Senamrobik dan A’doul jismi untuk murid Tahun 2, permainan Jismi Nazif untuk murid tahun 3, permainan Hadiqatul Huruf dan Mushahadatul CD  untuk murid tahun 1, Lu’bah untuk murid Tahun 4, program Hayya Nadrus Allughotal ‘Arabiyyah untuk murid Tahun 4, 5 6 dan program bersama Mudarrisin A’rabiyyin bersama murid tahun 4, 5 dan 6.

Monday, 8 August 2011

SK SULTAN SULAIMAN 1 KEKAL JUARA KALI Ke-2

SK Sultan Sulaiman 1 berjaya mengekalkan kejuaraan pada kejohanan Taekwondo terbuka jemputan SK Sultan Sulaiman 1 kali ke dua bagi kategori sekolah rendah yang berlangsung pada 29 dan 30 Julai 2011.


      Kejohanan anjuran SK Sultan Sulaiman 1dengan kerjasama Kelab Taekwondo Teguh (KTT) dan Kelab Taekwondo Action ini menyaksikan lebih 800 peserta dari seluruh sekolah rendah dan menengah di Negeri Terengganu mengambil bahagian.

      Pungutan enam emas, lima perak dan 12 gangsa terus meletakkan SK Sultan Sulaiman 1 sebagai juara bertahan, tempat kedua disandang SK Pusat Chabang Tiga dan tempat ketiga menjadi milik SK Teluk Menara.


Wednesday, 3 August 2011

Jasamu Dalam Kenangan

Majlis persaraan Haji Kamaruddin bin Chik telah diadakan pada 28 Julai 2011 bertempat di Dewan Sulaiman SKSS1. Cikgu Kamaruddin telah diarak dengan menaiki kereta kuda bersama paluan kompang dan bunga manggar sempena persaraan beliau.

Kemudian, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan cenderahati tanda kenangan dan penghargaan atas sumbangan serta jasa beliau kepada sekolah. Selepas majlis selesai, beliau telah diarak keluar dari dewan menaiki kereta kuda dan seterusnya hingga ke kereta khas yang telah disediakan untuk dihantar pulang. Sebelum pulang beliau bersama isterinya diarak menuju ke Primula Hotel untuk jamuan perpisahan buat kali terakhir dengan diiringi rombongan para guru. Sebelum itu beliau sempat membuat lambaian terakhir kepada para pelajar yang disayanginya.