Wednesday, 3 August 2011

Jasamu Dalam Kenangan

Majlis persaraan Haji Kamaruddin bin Chik telah diadakan pada 28 Julai 2011 bertempat di Dewan Sulaiman SKSS1. Cikgu Kamaruddin telah diarak dengan menaiki kereta kuda bersama paluan kompang dan bunga manggar sempena persaraan beliau.

Kemudian, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan cenderahati tanda kenangan dan penghargaan atas sumbangan serta jasa beliau kepada sekolah. Selepas majlis selesai, beliau telah diarak keluar dari dewan menaiki kereta kuda dan seterusnya hingga ke kereta khas yang telah disediakan untuk dihantar pulang. Sebelum pulang beliau bersama isterinya diarak menuju ke Primula Hotel untuk jamuan perpisahan buat kali terakhir dengan diiringi rombongan para guru. Sebelum itu beliau sempat membuat lambaian terakhir kepada para pelajar yang disayanginya.



Pelbagai aturcara telah diadakan sempena majlis persaraan beliau termasuk slaid show dan bacaan biodata. Beliau telah diberi kesempatan untuk memberi ucapan yang terakhir. Dalam ucapan, beliau melahirkan rasa terharu dengan majlis yang diadakan. Setiap kali bibit-bibit ucapan dilafazkan, air mata beliau bercucuran seumpama rintikan air hujan menyebabkan suasana di dewan menjadi sunyi sepi. Boleh dikatakan hampir semua guru turut menitis air mata sewaktu beliau memberi ucapan.



Kepada Cikgu Kamaruddin, sesungguhnya kami tidak merestui perpisahan ini. Namun apakan daya, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Kami warga SKSS1 rela melepas Cikgu Kamaruddin meninggalkan SKSS1.

Pesanan kami semua, semuga Cikgu Kamaruddin akan menggunakan setiap detik yang berlalu dengan sebaik-baiknya. Luangkan sepenuh masa untuk mengabdikan diri kepadaNya. Semuga Cikgu Kamaruddin dan keluarga  diberkati. oleh Yang Maha Esa.

Patah tumbuh hilang berganti...Adakah pengantinya sama seperti insan yang bernama Cikgu Kamaruddin??????. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui...

No comments:

Post a Comment