Friday, 7 May 2010

KEBITARAAN BADMINTON

Program permainan Badminton ialah program kebitaraan untuk kecemerlangan dan meningktkan mutu permainan Badminton ke tahap yang lebih tinggi bukan sekadar di peringkat daerah malah sehingga ke peringkat negeri dan kebangsaan. Permainan Badminton dipilih sebagai kebitaraan kerana ia suatu permainan yang bergitu berkembang, popular dan ada sejarahnya tersendiri di negara kita.

Rancangan kejayaan idola-idola seperti Dato' Lee Chong Wei merupakan salah satu tarikan kepada murid-murid untuk mereka terlibat dalam program tersebut. SKSS1 telah meletakkan permainan badminton sebagai kebitaraan dalam program Sekolah Kluster.