Photobucket

Monday 11 July 2011

PERASMIAN GALERI SULAIMAN, SK SULTAN SULAIMAN

Pada tarikh 11.07.2011 (SELASA) Galeri Sulaiman telah dirasmikan pembukaannya oleh Datuk Haji Isa bin Haji Abu, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia pada jam 11.45 pagi. Turut mengiringi beliau ialah En. Zulkernai bin Fauzi (Ketua Penolong Pengarah SPPra, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia),En. Hashim bin Mohd Zin (Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu), En. Zakariah bin Ali (Ketua Sektor SPS, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu),En. Mohamad Nawawi bin Rani (Ketua Unit Perhubungan, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu) dan En. Matsor bin Ismail (PPD Kuala Terengganu).



Rombongan beliau telah disambut dengan paluan kompang oleh kumpulan kompang SK Sultan Sulaiman 1, yang telah dilatih khas oleh Cikgu Mohd Fadli.Rombongan ini juga dipersembahkan oleh pasukan Tae Kwan Do  sekolah yang terdiri dari murid tahun 2 hingga Tahun 5. Datuk dan rombongannya amat tertarik dengan persembahan hebat oleh pasukan Tae Kwan Do sekolah.


 





Selepas itu  Datuk Haji Isa bin Haji Abu dan rombongannya telah dibawa ke Galeri Sulaiman dan merasmikannya. Di Galeri Sulaiman Datuk Haji Isa bin Haji Abu telah dipertontonkan dengan tayangan slaid tentang pencapaian dan anugerah yang telah berjaya diperolehi oleh sekolah ini, di samping itu juga dipertontonkan program-program yang telah dijalankan sepanjang tahun 2009 hingga 2011.
Beliau amat berbangga dan berpuashati dengan tayangan tersebut dan juga memuji dengan kecantikan dan keindahan  galeri yang dapat disiapkan dengan begitu cepat sekali (siap dalam masa 5 hari).






Pihak sekolah mengucapkan terima kasih  kepada Datuk Haji Isa bin Haji Abu dan rombongan beliau kerana sudi hadir  ke sekolah ini serta merasmikan Galeri Sulaiman yang baru disiapkan. Dengan perasmian beliau galeri ini bertambah seri. Di samping itu tidak lupa diucapkan  terima kasih kepada guru-guru SK Sultan Sulaiman 1 terutamanya Jawatankuasa Galeri Sulaiman yang dipimpin oleh Guru Besarnya, iaitu Tn. Haji Yusof bin Abd Karim yang dapat meyiapkan galeri ini dalam masa yang singkat. Jawatankuasa ini bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengira masa dan waktu, siang atau malam sehingga berjaya mejadikan bilik kosong pada asalnya bertukar ke Galeri Sulaiman yang cantik dan menarik.  Akhir kata tidak ketinggalan diucapkan terima kasih kepada staff pejabat sekolah ini yang tidak kurang peranannya menjayakan galeri ini.TAHNIAH DIUCAPKAN.....  Di bawah ini ditunjukkan gambar dalam Galeri Sulaiman yang cantik dan menarik, disamping itu juga gambar paling bawah menunjukkan sebahagian jawatankuasa Galeri Sulaiman....












No comments:

Post a Comment