Thursday, 19 May 2011

SAMBUTAN HARI GURU 2011

Sanbutan Hari Guru sepatutnya diadakan pada 16.05.2011. Memandangkan Guru Besar tidak hadir pada ahri tersebut kerana menghadiri Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Sarawak. Oleh itu warga SK Sultan Sulaiman 1, bersetuju untuk megadakan Hari Guru pada 18.05.2011 (Rabu) manakala pada 16.05.2011 (Isnin) disambut dengan bacaan Perutusan dan Menyanyi beberapa buah lagu.

Tema Hari Guru pada tahun ini ialah Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Acara dimulakan dengan membaca perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang dibaca oleh PN. Latipah bt Abd Ghani(GPK HEM), sementara perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia dibaca oleh Tn. Hj. Kamarudin b Chik (GPK Kuko).Sebelum Tn. Hj. Md. Nawawi (GPK 1) memberikan ucapan sebagai wakil Guru Besar, beliau memimpim bacaan ikrar Hari Guru. Majlis ini diakhiri dengan nyanyian Lagu Guru Malaysia dan lagu Tema Hari Guru tahun ini.














Pada 18.05.2011 sambutan Hari Guru diadakan dengan berbagai aktiviti seperti sukaneka dan acara nyanyian dan tarian yang dipersembahkan oleh guru dan juga murid. Acara pagi ini dimulai oleh ucapan Tuan Guru Besar yang mengucapkan  SelamatHari Guru  dan terima kasih kepada semua guru SKSS1 yang selama ini memebrikan kerjasama dan komitmen dala msetiap tugas yang diberikan.. Turut hadir dalam sambutan ini ialah 2 orang pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu yang memeriahkan lagi majlis ini. Majlis ini diakhiri dengan jamuan untuk semua guru dan warga SKSS1 .. DIUCAPKAN SELAMAT HARI GURU.. SELAMAT HARI GURU.. JASAMU TETAP DIKENANG...SAMPAI BILA.BILA...... TERIMA KASIH CIKGU......




1 comment:

  1. Kalau guru kencing berdiri,tidak ada alasan untuk murid kencing berlari...

    ReplyDelete