Majlis Temu Murni kali ketiga bagi OTI 2 ibu bapa Tahun 6 telah diadakan pada 20.06.2011 (ISNIN) bertempat di Dewan Sulaiman, SK Sultan Sulaiman 1. Pertemuan dengan ibu bapa Tahun 6 adalah diharapkan membina satu permuafakatan yang erat antara guru-guru dan ibu bapa bagi mendorong dan membantu murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2011 nanti. Perjumpaan ini juga memberi maklumbalas tentang keputusan ujian OTI 2 baru-baru ini.
Objektif majlis ini adalah seperti berikut :-
1. Menjalinkan hubungan yang erat antara pihak sekolah dengan ibu bapa demi meningkatkan
kecemerlangan UPSR.
2. Mewujudkan kerjasama bagi mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan lagi prestasi murid
dalam UPSR
3. Menambahkan sokongan padu di kalangan ibu bapa terhadap anak-anak yang akan menduduki UPSR
Monday, 20 June 2011
Sunday, 19 June 2011
SEHARI BERSAMA BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA(TERENGGANU)
Pada tarikh 16.06.2011 (Khamis) pihak sekolah dengan kerjasama Bomba Dan Penyelamat Malaysia (Terengganu) telah mengadakan Program Sehari Bersama Bomba Dan Penyelamat Malaysia bertempat di SK Sultan Sulaiman 1. Dalam program ini pihak bomba diketuai oleh En. Razak dari Pejabat Balai Bomba Daerah bersama 4 orang anggotanya dan seorang dari Balai Bomba Negeri yang menguruskan pameran.
Subscribe to:
Posts (Atom)