Friday, 9 September 2011

PROGRAM TIUPAN SEMANGAT UPSR 2011

Pada 7 September 2011, bertempat di Dewan Sulaiman SKSS1,telah berlangsung satu pertemuan yang penuh bermakna kepada murid-murid yang bakal menghadapi UPSR 2011. Pertemuan ini diadakan untuk meniup semangat murid-murid SKSS1 agar sentiasa bersedia walau dalam apa keadaan sekalipun demi menggenggam 5A.



Seramai 211 orang murid tahun 6 berkumpul di Dewan Sulaiman mendengar nasihat dan kata-kata semangat daripada Tuan Haji Zubir bin Embong dan Y.M Tengku Azlan dari Jabatan Pendidikan. Tuan Haji Yusof selaku Guru Besar turut sama memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada murid-murid sebelum menghadapi peperiksaan UPSR. Semuga pertemuan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang sebagai satu penghargaan terhadap anak-anak bumi SKSS1 agar mereka dapat merasakan diri mereka dihargai dan dapat semangat baru untuk menghadapi UPSR dengan penuh keyakinan.






No comments:

Post a Comment