Program Minggu Bahasa Arab 2011 anjuran Jawatankuasa Kluster Bahasa Arab telah dijalankan pada 17, 18, 21 dan 26 Julai baru-baru ini. Pelbagai program dan aktiviti yang telah dirancang dilaksanakan dengan jayanya melibatkan semua murid tahun 1 hingga tahun 6 SK Sultan Sulaiman 1.
Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah aktiviti Senamrobik dan A’doul jismi untuk murid Tahun 2, permainan Jismi Nazif untuk murid tahun 3, permainan Hadiqatul Huruf dan Mushahadatul CD untuk murid tahun 1, Lu’bah untuk murid Tahun 4, program Hayya Nadrus Allughotal ‘Arabiyyah untuk murid Tahun 4, 5 6 dan program bersama Mudarrisin A’rabiyyin bersama murid tahun 4, 5 dan 6.