Photobucket

Monday, 11 July 2011

PERASMIAN GALERI SULAIMAN, SK SULTAN SULAIMAN

Pada tarikh 11.07.2011 (SELASA) Galeri Sulaiman telah dirasmikan pembukaannya oleh Datuk Haji Isa bin Haji Abu, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia pada jam 11.45 pagi. Turut mengiringi beliau ialah En. Zulkernai bin Fauzi (Ketua Penolong Pengarah SPPra, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia),En. Hashim bin Mohd Zin (Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu), En. Zakariah bin Ali (Ketua Sektor SPS, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu),En. Mohamad Nawawi bin Rani (Ketua Unit Perhubungan, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu) dan En. Matsor bin Ismail (PPD Kuala Terengganu).


Wednesday, 6 July 2011

PROGRAM EXPLORACE "HAPUS AEDES CEGAH DENGGI" SEMPENA SAMBUTAN HARI DENGGI ASEAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2011

Pada 06.07.2011 (RABU) pihak Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Terengganu dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah mengadakan Program Explorace "Hapus Aedes Cegah Denggi" bertempat di Dewan Sulaiman, SK Sultan Sulaiman 1, 20300 Kuala Terengganu. Program ini diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Denggi Asean Peringkat Negeri Terengganu 2011 yang akan diadakan pada 16.07.2011 bertempat di Dewan Sivik, Pasir Panjang yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu.


Monday, 20 June 2011

TEMU MURNI KALI KETIGA OTI 2 TAHUN 6

Majlis Temu Murni kali ketiga bagi OTI 2 ibu bapa Tahun 6 telah diadakan pada 20.06.2011 (ISNIN) bertempat di Dewan Sulaiman, SK Sultan Sulaiman 1. Pertemuan dengan ibu bapa Tahun 6 adalah diharapkan membina satu permuafakatan yang erat antara guru-guru dan ibu bapa bagi mendorong dan membantu murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2011 nanti. Perjumpaan ini juga memberi maklumbalas tentang keputusan ujian OTI 2 baru-baru ini.


Objektif majlis ini adalah seperti berikut :-

1. Menjalinkan hubungan yang erat antara pihak sekolah dengan ibu bapa demi meningkatkan 
    kecemerlangan UPSR.

2. Mewujudkan kerjasama bagi mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan lagi prestasi murid
   dalam UPSR

3. Menambahkan sokongan padu di kalangan ibu bapa terhadap anak-anak yang akan menduduki UPSR

Sunday, 19 June 2011

SEHARI BERSAMA BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA(TERENGGANU)

Pada tarikh 16.06.2011 (Khamis) pihak sekolah dengan kerjasama Bomba Dan Penyelamat Malaysia (Terengganu) telah mengadakan Program Sehari Bersama  Bomba Dan Penyelamat Malaysia bertempat di SK Sultan Sulaiman 1. Dalam program ini pihak bomba diketuai oleh En. Razak dari Pejabat Balai Bomba Daerah bersama 4 orang anggotanya dan seorang dari Balai Bomba Negeri yang menguruskan pameran.



Thursday, 19 May 2011

SAMBUTAN HARI GURU 2011

Sanbutan Hari Guru sepatutnya diadakan pada 16.05.2011. Memandangkan Guru Besar tidak hadir pada ahri tersebut kerana menghadiri Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Sarawak. Oleh itu warga SK Sultan Sulaiman 1, bersetuju untuk megadakan Hari Guru pada 18.05.2011 (Rabu) manakala pada 16.05.2011 (Isnin) disambut dengan bacaan Perutusan dan Menyanyi beberapa buah lagu.

Tema Hari Guru pada tahun ini ialah Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Acara dimulakan dengan membaca perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang dibaca oleh PN. Latipah bt Abd Ghani(GPK HEM), sementara perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia dibaca oleh Tn. Hj. Kamarudin b Chik (GPK Kuko).Sebelum Tn. Hj. Md. Nawawi (GPK 1) memberikan ucapan sebagai wakil Guru Besar, beliau memimpim bacaan ikrar Hari Guru. Majlis ini diakhiri dengan nyanyian Lagu Guru Malaysia dan lagu Tema Hari Guru tahun ini.


Sunday, 15 May 2011

PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFOM

Perkhemahan Tahunan Unit berunifom telah diadakan pada 12 hingga 14 Mei 2011 bertempat di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Perkhemahan ini terdiri daripada murid Tahun 6 seramai 191 orang daripada jumlah sebeanr 211 orang murid., dalam peratus adalah 90.5% Perkhemahan ini dirasmikan oleh Ketua Sektor , Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Antara aktiviti yang dijalankan dalam perkhemahan ini ialah River Cruise, Sukaneka, Water Confident, Paddle Boat,Jejak Khalifah, Malam Kreatif dan Gotong Royong.Semua murid yang menyertai perkhemahan ini dimestikan menyertai segala aktiviti yang telah dirancang. Semua murid amat seronok melibatkan diri  semu aktiviti ini.Perkhemahan ini juga melibatkan semua guru.Semua guru memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan perkhemahan ini.. TAHNIAH DIUCAPKAN..... KEPADA SEMUA GURU SKSS1...
Terutamanya... GPK KUko, iaitu TN. HJ. Kamarudin b Chik.....yang memainkan dan meneraju perkhemahan ini sehingga berjaya.